Hye readers~
Entry kali ni nak mengomel sikit.
Akan jadi banyak gak kot. Hehe...
Entry kali ni tajuknya agak nampak senang tapi ramai yang tak tahu.
So, mari sama-sama baca omelan ni. Te hee hee~
- JANGAN bagi terkena air. Even sikit. Sebab cepat karat. Huhu...
- BELI gunting yang STAINLESS STEEL kalau nak tahan lama. Sebab yang tak stainless steel ni cepat berkarat. Tapi kalau nak save budget, gunting biasa-biasa je pun okay...
- JANGAN sesekali campur-adukkan kegunaan gunting. Yelah, ada orang ni nak multi-purpose sangat, main taram je guna gunting tu untuk gunting kain, kertas, ikan, ayam, wayar, daun dan segala bagailah. Dan akhirnya gunting tu cepatlah sangat tumpul. Lalu mulut-mulut pun mengomel gunting low class lah, buatan China la dan pape sahaja... Kalau untuk gunting kain, gunakan untuk kain sahaja...
- KALAU rajin, sekali-sekala boleh sapukan minyak pada gunting. Untuk elakkan berkarat. Tapi kalau malas, tak perlulah. ^_^
- Dan kalau nak tengok ketahanan gunting tu *nak tau berbaloi ke tak membelinya* tuliskan tarikh gunting itu dibeli dan dipakai. So, sesiapa yang amnesia tu taklah terlupa dan terasa gunting tu baru dibeli semalam, padahal dah pakai lebih dari dua tahun.
Motif entry ni?
Parcel gunting zigzag baru dah sampai.
Seronok sangat sebab dah mengidam lama nak beli gunting ni ^__^
Bukan untuk kertas tapi untuk kain!
Alhamdulillah ada rezeki lebih boleh beli~
Stok barang pun dah upgrade ^__^
No comments:
Post a Comment